Sedar tak sedar bulan Ramadan sudah pun menjelma. Setiap Muslim pastinya telah mengetahui bulan ramadan yang merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Pastinya setiap muslim juga selalu berdoa supaya diberi peluang dan kelapangan untuk melalui bulan ramadan dengan penuh keberkatan dan keharmonian.
Hampir semua muslim mengetahui ibadat puasa bukan bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata, sebaliknya mempunyai pelbagai pengajaran dan hikmah yang tersendiri. Secara jasmaninya memanglah muslim yang berpuasa menahan diri dari makan dan minum serta meninggalkan segala perbuatan sia-sia, namun secara rohaninya ibadat tersebut lebih daripada itu. Seribu satu hikmah tersembunyi terkandung di dalamnya.
Pengertian ramadan A to Z yang boleh di kongsikan di sini adalah:
A Amalan B Buka Puasa C Cuci D Derma E Ekonomi F Fadhilat G Ganda H Hidayah I Ikhlas J Jemaah K Khusyuk L Lailattul Qadr M Muhasabah N Niat O Omong Kosong P Puasa Q Quran R Rahmat S Sedekah T Taqwa U Ukhuwah V Visi W Witir X xxx Y Yatim Z ZakatSepanjang bulan ramadan amalan perlu di perkukuhkan dan mengikuti segala yang diperintahkan. Sunat namun elakkan pembaziran yang tidak perlu. Juga pastikan yang halal semata-mata. Kalau tak no point puasa sehari suntuk lepas tu masuk dalam perut makanan haram Ramadan juga bulan untuk menyucikan jiwa dari segala kekotoran duniawi. Pembersihan dari dosa-dosa sebelum ini. Bulan ramadan juga bulan yang sesuai untuk menderma kejalan yang diredhai Masa yang sesuai untuk menyusun ekonomi peribadi dan juga rumahtangga supaya tidak berlaku kes-kes ‘lari bajet’ Ibadah dan amalan sepanjang bulan ramadan mempunyai fadhilat dah kelebihan yang besar Jika sebelum ini ibadat dan rukun agama dilaksanakan secara biasa sahaja ramadan tempat untuk melipatgandakan ibadah kerana fadhilatnya yang amat besar Setiap muslim sentiasa mengharapkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT, semoga hidayah dipermudahkan sepanjang bulan ramadan nanti Merupakan ‘determining factor’ untuk menentukan keberkatan dan pahala sesuatu ibadah yang dilaksanakan, tanpa rasa ikhlas kerana Allah, semuanya jadi sia-sia. Hanya lapar dan dahaga semata-mata Melalui solat sunat tarawih secara berjemaah akan menjadikan muslim satu komuniti yang kukuh dan bersatu Ramadhan juga membimbing muslim menjadi khusyuk dalam setiap ibadat mereka. Malam yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan di dalamnya, sudah jelas dinyatakan di dalam Al-Quran melalui surah Al-Qadr. Jika di dalam bulan-bulan lain muslimin sentiasa sibuk mengejar keperluan duniawi seeloknya pada bulan ramadan digunakan untuk muhasabah diri ke mana sebenarnya arah tujuan hidup ni. Niat puasa dan segala amalan mulsim bergantung kepada niat, dan rahsia niat kita hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. Sepanjang bulan ramadan ini elakkan daripada mengomong kosong tanpa faedah yang sudahnya tidak member manafat kepada kita semua Nadi kepada keistimewaan bulan ramadan iaitu ibadah puasa itu sendiri yang mempunyai pelbagai hikmah dari segi fizikal dan juga rohani Amalan yang paling digalakkan sepanjang bulan ramadan juga adalah memperbanyakkan bacaan al quran yang begitu besar ganjarannya. Ramadan penuh rahmat kepada seluruh isi alam, rezeki yang diturunkan sepanjang bulan ni memang berlipat ganda, begitu juga dengan rahmat keberkatan dan keampunan Sedekah kepada fakir miskin juga merupakan amalan yang digalakkan di bulan ramadan ini untuk sama-sama berkongsi keberkatan Ramadan juga sepatutnya menjadi pemangkin untuk meningkatkan ketaqwaan setiap umat islam Masa terbaik dan mudah untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah semasa Islam, melalui aktiviti solat tarawaih berjemaah mahupun majlis iftar di kawasan masing-masing. Melalui penghayatan sepanjang bulan ramadan juga seseorang muslim mampu membina sebuah visi kehidupan yang seimbang, antara tuntutan duniawi dengan Negeri akhirat yang kekal abadi Solat sunat witir yang dilakukan secara berjemaah selepas solat tarawih sesungguhnya besar fadhilatnya Jauhkan diri dari melakukan ‘zina mata’ melalui aktiviti xxx yang mana akan merosakkan segala amalan dan menyekat ibadah seseorang muslim daripada sampai kepada Allah SWT. Anak-anak yatim yang sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan perlu di beri keutamaan. Raikanlah mereka Zakat fitrah juga perlu ditunaikan sebelum berakhirnya bulan ramadan. Sekarang ni mudah nak bayar zakat, online boleh, di pusat-pusat beli belah pun boleh.
Selamat menyambut ramadan
0 comments:
Post a Comment